Sengsara kekurangan zat

Menyaksikan kanak-kanak dengan susuk badan kurus hingga menampakkan tulang akibat kekurangan nutrisi antara prngalaman tidak dapat dilupakan ketika melawat hospital dan klinik di Jawf serta Ma’rib. 

Pengalaman ity memberikan keinsafan kepada sukarelawan misi bantuan kemanusiaan anak muda dari Malaysia MY hope Hero dengan rakan kerjasama Malaysia Outreach Volunteer Experiences, Volunteering Trip Malaysia, Restoran Olive by Ash Sham, Golden Future Foundation Indonesia dan Yemen Care. 

Mengikut laporan pertubuhan kemanusiaan Save The Children, seramau 85,000 kanak-kanak berusia bawah lima tahun maut akibat kekurangan nutrisi, kebuluran dan serangan penyakit sejak perang saudara tercetus di Yaman pada 2015. 

Anggaram itu berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) turut memberi amaran sekitar 14 juta orang berisiko mengalami masalah kebuluran.  Jawf sebuah bandar berdebu tidak memiliki jaringan jalan raya berturap menjadi destinasi paling jauh dalam jafual misi bantuan kemanusiaan.

Gelagat penduduk tempatan menggalas raifal AK-47 adalah satu pemandangan biasa di bandar ini.Setibanya di Jawf, sekuralewan disambut Ketua Pertubuhan Badan Kemanusiaan Yaman, The Charitable Society For Social Welfare ( CSSW) bagi wilayah Jawf, Hassan Obarak yang kemudian membawa kami ke klinik kesihatan kanak-kanak Jawf.

Ketika di klinik, pandangan sukarelawan tertumpu ke arah seirang bayi lelaki dengan susuk badan agak kurus akibat kekurangan nutrisi. Bayi 24 bulan tidak henti-henti menangis ketika seorang doktor melakukan pemeriksaan. 

Menurut kata ketua klinik, setiap kanak-kanak bawah usia lima tahun layak mendapat suntikan nutrisi percuma daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO), tetapi bekalannya kerap tidak mencukupi. Berdasarkan suguasi semasa di bandar berkenaan, ketua misi misi Mohd Aiman Mohd Amir mewakilliMy Hope Hero, menyatakan hasrat untuk membantu dengan membawa doktor dari Malaysia. Orang ramai ingin membantu bolrh menghulurkan sumbangan kewangan dan jiwa. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasuah

Guna Teknologi Moden Tingkat produktiviti sawit

Harimau Asia