Rasuah

Rasuah merupakan jenayag atau kesalahan yang melibatkan seseorang yang memperoleh kebebasan, konyrak atau keistimewaan daripada satu pihak dengan cara yang tidak sag dan melanggar undang-undang. Kegiatan raduah ini menimbulkan kesan negatif kepada negara dan langmah yang tegas untuk menangani ya perlu diambil.

Rasuah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi atau sosial. Pentadbiran negara menjadi lemah dan mengalami kejatuhan. Pentadbiran yang berada dalam keadaan yang tidak stabil mdnimbulkan masalah lain terutamanya kemerosotan ekonomi dan oe gabaian kebajima. rakyat. Rasuah yang bertindak sebagai parasit dalam prntadbiran boldh menyebabkan ormkmpin mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif luar yang menjenaskan keadilan dan integriti negara. Seterusnya, kelancaran pentadbiran negara boleh lumpuh dan menimbulkan keadaan kucar-kacir.

Peningkatan gejala rasuah turut menjejaskan ekonomi di peringkat hlobal. Keadaan ini disebabkan imej negara tercemar melalui kegiatan rasuah melalui indeks pengukuran yang ditetapkan peringkat antarabangsa. Imej tercemar ini menyebabkan kemereosotan pelaburan asing kerana pelabur hilang kepercayaan kepada kemampuan ekonomi negara. Selain itu, melalui kegiatan rasuah berlakunya peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Ketidakadilan ekonomi herlaku mewujudkan jurang ekonomi yang ketara. Golongsn tertentu terus mendapat keuntungan dan golongan lain mengalami penindasan ekonomi.

Langkah yang proaktif terus diambil oleh pihak berkuasa unyuk yerus membunuh naraj negara ini. Penguatkuasaan undang-undang merupakan pendekatan yang berkesan untuk meminimumkan gejala ini. Hukuman berat dan setimpal perlu dikenakan kepada pesalah rasuah kerana mengancam dan menggugat keharmonian negara. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang dipergiatkan lagi secara menyeluruh. Peranan Suruhanjaya Oencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak menjalankan siasatan dan pemantauan kes rasuah terus diberi penambahbaikan. Seterusnya, undang-undang yang tegas terhadap pesalah rasuah menyebabkan orang ramai bimbang untuk terjerumus dengan gejala ini.

Rasuah ibarat “penyakit kanser” yang merosakkan masyarakat dan negara. Rasuah perlu sentiasa ditangani oleh pihak berkuasa untuk mengelakkannya daripada terus melemahkan pencapaian matlamat negara yang seimbang dalam pelbagai aspek.

Comments

Popular posts from this blog

Guna Teknologi Moden Tingkat produktiviti sawit

Harimau Asia