Kos RM10

Menyedari kesukaran menabur baja pada lubang plastik batas tananan, sembilan oelajar tahap tiga Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM)  Institut Pertanian Titi Gantong (IPTG) di sini, nancipta alat manabur baja menggunakan barangan terpakai.

Cipataan kreatif itu dihasilkan Muhammad Mujibur Rahman Ismail, Mohamad Amir Ramadhan Salleh, Muhammad Zul Fikri Mohd Sharif, Muhammad Alif Fikri Jusoh, Muhammad Ali Imran Nek Hawari, Anedh Suphon Prased , Muhammad Syafiq Ismail, Mohamad Izhar Amri Zakaria dan Mohamad Hafiz Md Saad, yang semua berusia 19 tahun dengan dibantu mentor, Kamarudin Atan,38. 

Muhammad Mujibur Rahman selaku ketua kumpulan itu berkata, peralatan dicipta memudahkan kerja membaja dalam skala kawasan besar. “ Alat tabur baja ini direka dengan menggunakan barangan terpakai seperti tong air, paip Polyvinyl Chloride (PVC) dan hos saluran air mesin basuh yang tidak digunakan dengan anggaran kos kurang RM10 saja.

“Ia dicipta bagi memudahkan kerja kamil di sini kerana jika menggunakan kaedah  manualmengambil masa selain pinggang sakit kerana perlu membongkok dalam jangka masa agak panjang kerana kami mempunyai 4,044 pokok timun dengan keluasan tanah 0.44 hektar. “Sebelum ini, kami semua bergilir-gilir menabur baja bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari dan selepas menggunakan inovasi ini hanya dua pekerja saja diperlukan dan ia dapat menjimatkan kos,” katanya ketika ditemui di tapak tanaman di Kompleks Pertanian Titi Gantong, semalam.

Muhammad Mujibur Rahman berkata, mereka mengambil masa seminggu untuk menyiapkan peralatan berkenaan dengan mengubah suai had kuantiti pengeluaran baja supaya ia selaras dengan keperluan tanaman iaitu 10 hingga 15 gram saja. Sementara itu, Timbalan Pengarah IPTG Rosni Hamad Rodzi berkata, mereka kumpulan pertana institut itu dalam SKM tanaman melalui program MyAgrosis di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya, program itu bertujuan melatih dan melahirlan usahawan tani dalam kalangan anak muda dan mereka didedahkan dengan teknikal pertanian. “ Sebelum ini kami ada Sijil Pertanian Malaysia, tetapi untuk SKM ini baru diwujudkan dan bermula Julai 2018 dan mereka ini boleh dianggap sebagai anak sulung kami.

“Hasilnya sangat menggalkkan dan saya terkejut dengan pencapaian mereka kerana mencapai lebih apa yang sepatutnya. “ Tidak hanya belajat saja tetapi mereka merasai dan mentor usahawan tani yang juga peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) di sini yang memberi tunjuk ajar kepada pelajar ini,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasuah

Guna Teknologi Moden Tingkat produktiviti sawit

Harimau Asia