Hak Asasi semakin merosot


Hak asasi manusia di kebanhakan negara di Asia Tenggara dan rantau Pasifik didakwa terus merosot pada tahun ini. Pengarah Eksekutif Amnesty Antarabangsa Malaysia, K Shamini Darshini, berkata di Myanmar contohnua, kempen keganasan oleh tentera negara berkenaan dipercayaisidah membunuh, merigol dan membakar lebih 720,000 wanita, kanak-kanak serta lelaki etnik Rohingya.

Katanya di Filipina pula, ramai rakyat miskin negara itu terkoban dalam ‘peperangan menentang dadah’ yang diketuai kerajaan pimpinan Presiden Rodrigo Duterte. “Di beberapa negara lain pula, kerajaan terus memalukan, menganiaya serta menakutkan pejuang hak asasi manusia.” “Di Bangladesh dan Pakistan, kerajaan mereka menggunakan undang-undang drakonian untuk menghalang kebebasan bersuara , manakala di India, pihak berkuasa negara itu menghukum kumpulan memperjuangkan hak asasi termasuk mengadakan serbuan ke pejabat Amnesty Antarabangsa India. 

“Semua perkembangan itu terkandung dalam laporan Amnesty International, Rights Todau yang dilancarkan hari ini(semalam),” katanya pada majlis perasmian laporan itu, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Tadbir Amnesty Antarabangsa Malaysia, Dr Anjhula Mya Singh Bais dan majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani.

Mengulas lanjut, Shamini berkata, selepas lebih 70 tahun Deklarasi Hak Asasi Sejagat duguna pakai, masyarakat masih membisu dan ramai yang masih dihukum apabila menyuarakan pandangan mereka. Kata Shamini, Malaysia adalah sebuah negara berbilang kau yang tidak wajar mendiskriminasi, menindas mereka yang berbeza pendapat. 

Katanya, berdasarkan Artikel 10 Perlembagaan Perseketuan, rakyat di negara ini mempunyai hak untuk bercakap, berkumpul dan berpersatuan. “Namun, kita menyaksikan individu atau organisasi yang lantang bersuara mempertahankan perjuangan hak asasi manusia dikenakan tindakan. Kerajaan perlu berhenti daripada membuat pusingan-‘U’ terhadap keputusan yang dilakukan dan berpegang keoada janji mewujudkan Malaysia Baharu selain tidak meneruskan undang-undang drakonian kerajaan lama, “ katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasuah

Guna Teknologi Moden Tingkat produktiviti sawit

Harimau Asia