Globalisasi

Globalisasi yang berkembang luas ke seluruh dunia mendatangkan oelbagai kesan kepada sesebuah negara yang sedang membangun. 

Natara kesan positif hlobalisasi kepada sesebuah negara membangun adalah ekonomi sesebuah negara membangun dapat dimajukan. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ekoran proses globalisasi dapat memperguat perdagangan antarabangsa di sesebuah negara membangun. Prniaga-peniaga tempatan di sesebuah negata membangun dapat meluaskan pasaran ke seluruh dunia. Sebagai contoh, e-dagang dan e-perbankan dapat dijalankan supaya semua urus niaga dapat dijalankan dengan ceoat dan mudah. Jelaslah bahawa globalisasi memajukan ekonomi sesebuah negara membangun. 

Kesan positif globalisasi yang seterusnya adalah mewujudkan persefahaman sejagat terhadap sesebuah negara membangun. Hal ini kerana sistem telekomunikasi yang menghububgkan seluruh funia memudahkan interaksi antara sesebuah negara membangun dengan negara-negara lain. Dengan ini, pertukaran pengetahuan, pengalaman dan budaya anatra sesebuah negara membangun dengan negara-negara lain mudah berlaku melalui sistem telekomunikasi yang canggih. Peristiwa seperti bencana alam yang berlaku di sesebuah negara membangun mydah diketuai maka bantuan daoat dihulurkan oleh negara lain kepada negara membangun tersebut dengan cepat. 

Selain itu, globalisasi juga membolehkan pemindahab teknologi berlaku antara sesebuah negara membangun dengan negara maju. Pemindahan teknologi berlaku apabila pelabur asing membawa masuk teknologi baru ke dalam sesebuah negara membangun. Justure, rakyat tempatan dapat mempelajari teknologi canggih yang dibawa masuk oleh pelabur asing. Malah, rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembanguan dengan menambahbaik teknologi yang dipelajari daripada pelabur asing. 

Namun begitu, globalisasi juga membawa kesan negatif kepada sesebuah negara membangun, iaitu mengakibatman penjajahan ekonomi negara membangun oldh negara maju. Hal ini demikian kerana kedudukan ekonomi negara membangun telah diketahui oleh negara maju. Jadi, negara maju memanipulasiman ekonomi negara membangun demi kepentingannua. Negara maju menjajah ekonomi negara membangun dengan mampengaruhi minda ornduduk dunia ketiga. 

Globalisasi juga mengundang kesan negatif iaitu mengakibatkan pencemaran budaya dalam kalangan masyarakat negara membangun. Budaya kuni g dari negara Barat seperti pergaulan benas dan budaya hedonisme dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit. Oleh itu, generasi muda di sesebuah negara membangun mudah terikut-ikut dengan budaya Barat. Kesannya, budaya tempatan yang murni terkikis ekoran globalisasi yang berkembang ke sesebuah negara membangun. 

Kesimpulannya. walaupun globalisasi membawa pelbagai manfaat kepada sesebuah negara membangun tetapi kesan negatifnya perlu diberi perhatian dan diatasi melalui kerjasama semua pihak. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasuah

Guna Teknologi Moden Tingkat produktiviti sawit

Harimau Asia