Bank Dunia Yakin Malaysia capai status seawal 2022

Bank Dunia yakin Malaysia mampu capai status negaea ekonomi berpendapatan tinggi antara 2022 hingga 2025, sejajar dengan semakan semula kakian separuh pertama Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) baru-baru ini. Ketua Ekonomi Bank Dunia( Malaysia), Dr Richard Record, berkata walaupun unjuran itu mampu dicapai, namun Malaysia berdepan landskap mencabar dengan cabaran utama ketika ini adalah merapatkan jurang pendapatan yang ketara antara kumpulan B40,M40 dan T20.

Katanya, Malaysia perlu mrnumpukan pembangunan negara secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pendapatan purata atau pengagihan pendapatan. “Selain jurang pandapatan, pelabagai faktor yang menjadi kayi orngukir bagi mencapai aspirasi itu adalah termasuk kualiti pendidikan, kesihatan, perkhidmatan awam, jalur lebar dan ketelusan pentadbiran kerajaan.

“Kami melihat kerajaan bukan sahaja memfoluskan kepada kuantiti pertumbuham, malah turut mengambil kira kualiti yang meliputi pelbagai aspek seperti polisi ekonomi dan standard tadbif urus. “Ketika ini, apa yang kami lihat, Malaysia lakukan yang terbaik untuk akses kepada pendidikan dan oembinaan insan berkemahiran tinggi,” katanya selepas melancarkan Laporan Resurgent East Asia di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasidik, Bicyoria Kwakea dan Ketua Ekonomi Bank Funia bagi Asia Timur dan Pasifik ,  Sudhir Shetty. Awal tahun ini, Bank Dunia mengunjurkan Malaysia mencapai status negara ekonomi berpendapatan tinggi, melepasi Pendapatan Negara Kasar (GNI) perkapita AS$12,236 antara tahun 2020 hingga 2024.

Mengulas mengenai laporan yang dijalankan di rantau Asia Timur, Bank Dunia mendapati negara di rantau ini mengamalkan model pembangunan yang berjaya dengan berpaksikan tiga komponen utama- pertumbuhan berorientasikan luaran, pembangunan modal insan dan tadbir urus ekonomi yang kukuh.Bagaimanapun, Kwakwa berkata , model berkenaan perlu disesuaikan bagi menangano perubahan teknologi, pertumbuhan aktiviti perdagangan yang perlahan dan landskap negara yang berubah-ubah.

“Pembangunan Asia Timur adalah antara rantau paling berjaya dalam tempoh suku abad ini. Sejak 2000, keluaran dalam negara kasar (KDNK) rantau ini meningkat tiga kali ganda, membantu ribuan rakyat keluar daripada masalah kemiskinan. “Bagaimanapun, di sebalik pertumbuhan membera gsangkan ini, negara di rantau ini masih berdepan masalah jurang prndapatan, produktiviti, modal insan dan kualiti gata hidup berbanding negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Asia Timur terdiri daripada campuran negara berpendapatan tinggi dan sederhana iaitu Kemboja, China, Indonesia, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Comments

Popular posts from this blog

Rasuah

Guna Teknologi Moden Tingkat produktiviti sawit

Harimau Asia