Aktiviti Pemerdagangan Manusia

Aktiviti pemerdagangan manusia merupakan hentuk eksploitasi terhadap manusia sama ada untuk yujuan seks, kerja oaksa, perhambaan, dan pemindahan organ manusia. Pelbagai kesan negatif timbul daripada aktiviti jenayah ini dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk meminimumkan masalah ini daripada terus berleluasa.

Jenayah memperdagangkan manusia menggugat keselamatan san keamanan negara. Keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak terancan kerana dijual oleh sindiket tertentu untuk mengaut keuntungan. Di samping itu, golongan lelaki pula dieksploitasi sebagai tenaga buruh kasar yang memeras keringat mereka dengan bayaran upah yang kecil. Wktiviti pengedaran dadah yang dijalankan juga dapat mengancam keselamatan orang awam dan negara. Kegiatan oelacuran yang berleluasa juga menggalakkan kegiatan jenayah lain dan menggugat keselamatan negara.

Aktiviti pemerdagangan manusia telah menyebabkan imej negara terjejas. Aktiviti ini yang sukar dikawal menyebabkan negara luar beranggapan bahawa penguatkuasaan dalam sesebuah negara lemah dan tidak berkesan. Selain itu, negara yang mengalami masalah aktiviti pemerdagangan manusia yang serius selalui dilabelkan sebagai kawasan hitam, iaiyu pusat kegiatan pelacuran dan dadah. Selain itu, negara terbabit juga dianggap kawasan yang tidak selamat dan secara tidak langsing menjejaskan sektor pelancongan yang merupakan satu cabang ekonomi yang berpotensi.

Lantaran itu, usaha-usaha perlu dilakkan olrh pihak kerajaan untuk nenastikan aktiviti ini tidak betleluasa. Pihak negara boleh bersepajat menganbil keputusan mrngenakan hukuman yang lrbih eratt kepada pesalah yang melakukan kegiatan pemerdagangan manusia. Peranan orang ramai yang bekerjasama dengan pihak berkuasa melaporkan kegiatan pemerdagangan ini dengan segera dapat membantu nembanteras kegiatan ini dengan berkesan. Selain itu, Akta Antipenerdagangan Orang dan Akta Imigresen perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa dengan tegas.

Usaha membanteras pemerdagangan orang tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada prlbagai pihak. Organisasi kerajaan haruslah melaksanakan penguatkuasaan yang lebih bersepady dan selaras antara jabatan dengan kementerian khususnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Dalam Negeri. Penetapan matlamat dan strategi yang berkesan dapat mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.

Kesimpulannya, semua pihak sama ada pihak inidividu, masyarakat, atau organisasi perlu memberi sokongan untuk membanteras kegiatan ini. Di samping iyu, kerjasama dengan negara-negara luar juga perlu untuk memastikan kegiatan pemerdagangan manusia dapat dibanteras di peringkat antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Rasuah

Guna Teknologi Moden Tingkat produktiviti sawit

Harimau Asia