SELAMATKAN ALAM SEKITAR KITA =)

Selamat sejahtera, tema yang saya akan paparkan adalah tentang alam sekitar. Saya beryakin berhawa kebanyakan rakyat Malaysia tahu akan alam sekitar amat penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar membawa keselesaan dan kesejahteraan kepada kita. Saya akan memaparkan kepentingan menjaga alam sekitar, keburukan alam sekitar yang tercemar dan juga langkah untuk menjaga alam sekitar.

Setiap manusia memerlukan alam sekitar yang bersih seperti udara yang bersih dan segar untuk hidup dengan selesa.Seterusnya, pembekalan udara yang segar akan memberi ketenangan jiwa kepada masyarakat. Selain itu, pembekalan udara yang segar dapat mengelak pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung. Terdapat juga dapat mengelakkan  jangkitan penyakit yang merebak melalui udara yang agak serius kebelakangan tahun ini yang boleh mengakibatkan kematian iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) dan H1N1 (Virus Influenza A). Hal ini dapat ditangani dengan sempurna jika semua pihak memberi kerjasama yang baik.

Antara kesannya pula ialah boleh menyebabkan masalah kesihatan serta mendatangkan pebagai jenus penyakit kepada manusia seperti asma, emfisema sesak nafas dan sebagainya. Asap kenderaan yang dilepaskan ke udara mempunyai kandungan karbon dioksida yang menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia. Manusia terpaksa menghidup udara yang mengandungi bahan toksid dan menyebabkan bahan tersebut memasuki  ke dalam peparu. Hal ini memudaratkan banyak keburukan tetapi bukan kebaikan kepada manusia

Salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah menhijaukan kawasan sekeliling. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandugan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosistesisnya.

Comments

Popular posts from this blog

Rasuah

Guna Teknologi Moden Tingkat produktiviti sawit

Harimau Asia